Tafsiran.Net

Terjemahan Al-Quran dalam bahasa Melayu


/


   
   
Al Faatihah
Surah 1. 7 Ayat.

1. Dengan nama Allah, yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
2. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
3. yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
4. yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).
5. Engkaulah sahaj...

Baca keseluruhan
Baca satu persatu

 
Al Baqarah
Surah 2. 286 Ayat.

1. Alif, Laam, Miim.
2. Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa;
3. Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerj...

Baca keseluruhan
Baca satu persatu

 
Ali 'Imran
Surah 3. 200 Ayat.

1. Alif, Laam, Miim.
2. Allah tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, yang tetap hidup, yang kekal selama-lamanya mentadbirkan sekalian makhlukNya.
3. Ia menurunkan kepadamu (Wahai Muhammad) Kitab suci (Al-Quran) Dengan mengandungi kebenaran, yang mengesahkan isi Kitab-kitab suci...

Baca keseluruhan
Baca satu persatu

 
An Nisaa'
Surah 4. 176 Ayat.

1. Wahai sekalian manusia! bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. dan bertaqwal...

Baca keseluruhan
Baca satu persatu

 
Al Maa-idah
Surah 5. 120 Ayat.

1. Wahai orang-orang yang beriman, penuhi serta sempurnakanlah perjanjian-perjanjian. Dihalalkan bagi kamu (memakan) binatang-binatang ternak (dan sebagainya), kecuali apa yang akan dibacakan (tentang haramnya) kepada kamu. (Halalnya binatang-binatang ternak dan sebagainya itu) tidak pula bererti ka...

Baca keseluruhan
Baca satu persatu

 
Al An'am
Surah 6. 165 Ayat.

1. Segala puji tertentu bagi Allah yang menciptakan langit dan bumi, dan menjadikan gelap dan terang; Dalam pada itu, orang-orang kafir menyamakan (sesuatu yang lain) Dengan Tuhan mereka.
2. Dia lah yang menciptakan kamu dari tanah, kemudian ia tentukan ajal (kematian kamu) dan satu ajal lagi y...

Baca keseluruhan
Baca satu persatu

 
Al A'raaf
Surah 7. 206 Ayat.

1. Alif, Laam, Miim, Saad.
2. (Al-Quran ini) sebuah Kitab yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad dari Tuhanmu). oleh itu, janganlah ada perasaan bimbang Dalam dadamu mengenainya, supaya Engkau memberi amaran Dengan Al-Quran itu (kepada orang-orang yang ingkar), dan supaya menjadi peringatan b...

Baca keseluruhan
Baca satu persatu

 
Al Anfaal
Surah 8. 75 Ayat.

1. Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) tentang harta rampasan perang. katakanlah: "Harta rampasan perang itu (terserah) bagi Allah dan bagi RasulNya (untuk menentukan pembahagiannya). oleh itu, bertaqwalah kamu kepada Allah dan perbaikilah keadaan perhubungan di antara kamu, serta Taatlah kepa...

Baca keseluruhan
Baca satu persatu

 
At Taubah
Surah 9. 129 Ayat.

1. (Ini adalah) pemutusan tanggungjawab (pembatalan perjanjian) dari Allah dan RasulNya terhadap kaum kafir musyrik yang kamu mengikat perjanjian setia (dengan mereka).
2. Oleh itu hendaklah kamu (hai kaum musyrik) bergerak di muka bumi (dengan bebasnya) selama empat bulan, dan ketahuilah Bahaw...

Baca keseluruhan
Baca satu persatu

 
Yunus
Surah 10. 109 Ayat.

1. Alif, Laam Raa' ini ialah ayat-ayat Kitab (Al-Quran) yang mengandungi hikmat-hikmat dan kebenaran yang tetap teguh.
2. Tidaklah patut adanya pada manusia yang ingkar itu perasaan hairan disebabkan Kami telah wahyukan kepada seorang lelaki dari jenis mereka (Nabi Muhammad, Dengan berfirman ke...

Baca keseluruhan
Baca satu persatu

 
Huud
Surah 11. 123 Ayat.

1. Alif, Laam, Raa'. Al-Quran sebuah Kitab yang tersusun ayat-ayatNya Dengan tetap teguh, kemudian dijelaskan pula kandungannya satu persatu. (Susunan dan penjelasan itu) adalah dari sisi Allah yang Maha Bijaksana, lagi Maha mendalam pengetahuanNya.
2. (Al-Quran yang demikian sifatnya diturunka...

Baca keseluruhan
Baca satu persatu

 
Yusuf
Surah 12. 111 Ayat.

1. Alif, Laam, Raa'. ini ialah ayat-ayat Kitab Al-Quran yang menyatakan kebenaran.
2. Sesungguhnya Kami menurunkan Kitab itu sebagai Quran yang dibaca Dengan bahasa Arab, supaya kamu (menggunakan akal untuk) memahaminya.
3. Kami ceritakan kepadamu (Wahai Muhammad) seindah-indah kisah Denga...

Baca keseluruhan
Baca satu persatu

 
Ar Ra'd
Surah 13. 43 Ayat.

1. Alif, Laam, Miim, Raa'. ini ialah ayat-ayat Kitab (Al-Quran); dan apa yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad) dari Tuhanmu adalah benar; tetapi kebanyakan manusia tidak (mahu) beriman.
2. Allah jualah yang menjadikan langit terangkat tinggi Dengan tiada bertiang sebagaimana yang kamu melih...

Baca keseluruhan
Baca satu persatu

 
Ibrahim
Surah 14. 52 Ayat.

1. Alif, Laam, Raa'. ini ialah Kitab (Al-Quran) Kami turunkan Dia kepadamu (Wahai Muhammad), supaya Engkau mengeluarkan umat manusia seluruhnya dari gelap-gelita kufur kepada cahaya iman - Dengan izin Tuhan mereka - ke jalan Allah yang Maha Kuasa lagi Maha Terpuji.
2. Allah jua yang memiliki Se...

Baca keseluruhan
Baca satu persatu

 
Al Hijr
Surah 15. 99 Ayat.

1. Alif, Laam, Raa'. ini ialah ayat-ayat Kitab (yang lengkap sempurna) dan Al-Quran yang memberi penjelasan.
2. Ada masanya orang-orang yang kafir merasa ingin kalaulah mereka telah menjadi orang-orang Islam.
3. Biarkanlah mereka makan dan bersenang-lenang Dengan kemewahan dunia dan dilala...

Baca keseluruhan
Baca satu persatu

 
An Nahl
Surah 16. 128 Ayat.

1. Telah hampir datangnya janji yang telah ditetapkan oleh Allah, maka janganlah kamu minta disegerakan. Maha suci Allah dan Maha Tinggilah ia dari perbuatan syirik yang mereka lakukan.
2. Ia menurunkan malaikat membawa wahyu Dengan perintahNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya dari hamba-hamb...

Baca keseluruhan
Baca satu persatu

 
Al Israa'
Surah 17. 111 Ayat.

1. Maha suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, ...

Baca keseluruhan
Baca satu persatu

 
Al Kahfi
Surah 18. 110 Ayat.

1. Segala puji terentu bagi Allah yang telah menurunkan kepada hambaNya (Muhammad), Kitab suci Al-Quran, dan tidak menjadikan padanya sesuatu yang bengkok (terpesong):
2. (bahkan keadaannya) tetap benar lagi menjadi Pengawas turunnya Al-Quran untuk memberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar...

Baca keseluruhan
Baca satu persatu

 
Maryam
Surah 19. 98 Ayat.

1. Kaaf, Haa, Yaa, Ain, Saad
2. (Ini ialah) perihal limpahan rahmat Tuhanmu (Wahai Muhammad), kepada hambaNya Zakaria.
3. (ingatkanlah peristiwa) ketika Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya Dengan doa permohonan secara perlahan.
4. Ia merayu Dengan berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya ...

Baca keseluruhan
Baca satu persatu

 
Thaahaa
Surah 20. 135 Ayat.

1. Taa' Haa.
2. Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (Wahai Muhammad) supaya Engkau menanggung kesusahan.
3. Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut melanggar perintah. Allah
4. (Al-Quran) diturunkan dari (Tuhan) yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi.

Baca keseluruhan
Baca satu persatu

 
Al Anbiyaa'
Surah 21. 112 Ayat.

1. Telah hampir datangnya kepada manusia hari perhitungan amalnya sedang mereka Dalam kelalaian, tidak hiraukan persediaan baginya.
2. Tidak datang kepada mereka itu sebarang peringatan yang diturunkan dari Tuhan mereka lepas satu: satu, melainkan mereka memasang telinga mendengarnya sambil mer...

Baca keseluruhan
Baca satu persatu

 
Al Hajj
Surah 22. 78 Ayat.

1. Wahai umat manusia, bertaqwalah kepada Tuhan kamu! Sesungguhnya gempa hari kiamat itu suatu perkara yang amat besar.
2. Pada hari kamu melihat (peristiwa-peristiwa yang mengerikan) itu, tiap-tiap ibu penyusu akan melupakan anak yang disusukannya, dan tiap-tiap perempuan yang mengandung akan ...

Baca keseluruhan
Baca satu persatu

 
Al Mu'minuun
Surah 23. 118 Ayat.

1. Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman,
2. Iaitu mereka yang khusyuk Dalam sembahyangnya;
3. Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia;
4. Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu);
5. Dan merek...

Baca keseluruhan
Baca satu persatu

 
An Nuur
Surah 24. 64 Ayat.

1. Ini ialah satu "surah" yang Kami turunkan, dan Kami wajibkan hukum-hukumnya, serta Kami turunkan padanya ayat-ayat keterangan yang nyata supaya kamu beringat (mengamalkannya).
2. Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali...

Baca keseluruhan
Baca satu persatu

 
Al Furqaan
Surah 25. 77 Ayat.

1. Maha berkat Tuhan yang menurunkan Al-Furqaan kepada hambaNya (Muhammad), untuk menjadi peringatan dan amaran bagi seluruh penduduk alam.
2. Tuhan yang Menguasai pemerintahan langit dan bumi, dan yang tidak mempunyai anak, serta tidak mempunyai sebarang sekutu Dalam pemerintahanNya; dan Dia l...

Baca keseluruhan
Baca satu persatu

 
Asy Syu'araa'
Surah 26. 227 Ayat.

1. Taa, Siin, Miim.
2. Ini ialah ayat-ayat Kitab (Al-Quran) yang jelas nyata.
3. Jangan-jangan pula Engkau (Wahai Muhammad), membinasakan dirimu Dengan menanggung dukacita, kerana mereka tidak menjadi orang-orang yang beriman.
4. Kalau Kami mahu, tentulah Kami akan turunkan kepada mer...

Baca keseluruhan
Baca satu persatu

 
An Naml
Surah 27. 93 Ayat.

1. Taa, siin. ini ialah ayat-ayat Al-Quran, juga Kitab yang jelas nyata (kandungannya dan kebenarannya),
2. Menjadi hidayah petunjuk dan berita gembira bagi orang-orang yang beriman,
3. Iaitu mereka yang tetap mendirikan sembahyang dan memberi zakat, sedang mereka pula percaya Dengan yakin...

Baca keseluruhan
Baca satu persatu

 
Al Qashash
Surah 28. 88 Ayat.

1. Taa, Siin, Miim.
2. Inilah ayat-ayat Kitab - Al-Quran - yang memberi penjelasan.
3. Kami bacakan kepadamu (Wahai Muhammad) sebahagian dari kisah Nabi Musa dan Firaun Dengan keterangan yang benar bagi orang-orang yang beriman.
4. Sesungguhnya Firaun telah berlaku zalim di bumi (Mesi...

Baca keseluruhan
Baca satu persatu

 
Al 'Ankabuut
Surah 29. 69 Ayat.

1. Alif, Laam, Miim.
2. Patutkah manusia menyangka Bahawa mereka akan dibiarkan Dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?
3. Dan Demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian...

Baca keseluruhan
Baca satu persatu

 
Ar Ruum
Surah 30. 60 Ayat.

1. Alif, Laam, Miim.
2. Orang-orang Rom telah dikalahkan -
3. Di negeri yang dekat sekali; dan mereka sesudah kekalahannya itu akan mengalahkan lawannya -
4. Dalam masa tidak sampai sepuluh tahun. kepada pentadbiran Allah jualah terpulang Segala urusan, sebelum berlakunya dan sesudah ...

Baca keseluruhan
Baca satu persatu

 
Luqman
Surah 31. 34 Ayat.

1. Alif, Laam, Miim.
2. Ini ialah ayat-ayat Kitab (Al-Quran) yang mengandungi hikmat-hikmat dan kebenaran yang tetap kukuh,
3. Menjadi hidayah petunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang sedia mengerjakan amal-amal yang baik
4. Iaitu orang-orang yang mendirikan sembahyang, dan memberi z...

Baca keseluruhan
Baca satu persatu

 
As Sajdah
Surah 32. 30 Ayat.

1. Alif, Laam Miim.
2. Diturunkan Al-Quran ini, Dengan tidak ada sebarang syak padanya, dari Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
3. (orang-orang kafir tidak mengakui hakikat yang demikian) bahkan mereka mengatakan: "Dia lah (Muhammad) yang mengada-adakan Al-Quran menurut ...

Baca keseluruhan
Baca satu persatu

 
Al Ahzab
Surah 33. 73 Ayat.

1. Wahai Nabi! tetaplah bertaqwa kepada Allah, dan janganlah Engkau patuhi kehendak orang-orang kafir dan orang-orang munafik. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
2. Dan Turutlah akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Tuhanmu, (dan janganlah menurut adat resam Jahili...

Baca keseluruhan
Baca satu persatu

 
Saba'
Surah 34. 54 Ayat.

1. Segala puji tertentu bagi Allah yang memiliki dan Menguasai Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan bagiNyalah juga Segala puji di akhirat; dan Dia lah sahaja yang Maha Bijaksana, lagi Maha mendalam pengetahuanNya.
2. Ia mengetahui apa yang masuk ke bumi serta apa yang keluar dar...

Baca keseluruhan
Baca satu persatu

 
Faathir
Surah 35. 45 Ayat.

1. Segala puji tertentu bagi Allah yang menciptakan langit dan bumi, yang menjadikan malaikat utusan-utusan yang bersayap: dua, tiga dan empat; ia menambah pada bentuk kejadian makhluk yang diciptakannya apa jua yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
2. Apa j...

Baca keseluruhan
Baca satu persatu

 
Yaasiin
Surah 36. 83 Ayat.

1. Yaa, siin.
2. Demi Al-Quran yang mengandungi hikmat-hikmat dan kebenaran yang tetap kukuh,
3. Sesungguhnya Engkau (Wahai Muhammad adalah seorang Rasul) dari Rasul-rasul yang telah diutus,
4. yang tetap di atas jalan yang lurus (ugama Islam).
5. Al-Quran itu, diturunkan oleh Al...

Baca keseluruhan
Baca satu persatu

 
Ash Shaaffat
Surah 37. 182 Ayat.

1. Demi (hamba-hambaKu) yang berbaris Dengan berderet-deret -
2. (hamba-hambaKu) yang melarang (dari kejahatan) Dengan sesungguh-sungguhnya -
3. (hamba-hambaKu) yang membaca kandungan Kitab Suci;
4. (Sumpah Demi sumpah) Sesungguhnya Tuhan kamu hanyalah satu -
5. Tuhan (yang menci...

Baca keseluruhan
Baca satu persatu

 
Shaad
Surah 38. 88 Ayat.

1. Saad; Demi Al-Quran yang mempunyai kemuliaan serta mengandungi peringatan dan pengajaran.
2. (orang-orang yang mengingkari kerasulanmu - Wahai Muhammad - tidak berdasarkan kebenaran) bahkan mereka yang kafir itu bersifat sombong angkuh dan suka menentang kebenaran.
3. (tidakkah mereka m...

Baca keseluruhan
Baca satu persatu

 
Az Zumar
Surah 39. 75 Ayat.

1. Turunnya Kitab Al-Quran ini dari Allah, yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
2. Sesungguhnya Kami menurunkan Al-Quran ini kepadamu (Wahai Muhammad) Dengan membawa kebenaran; oleh itu hendaklah Engkau menyembah Allah Dengan mengikhlaskan Segala Ibadat dan bawaanmu kepadaNya.
3. Ingatlah...

Baca keseluruhan
Baca satu persatu

 
Al Mu'min
Surah 40. 85 Ayat.

1. Haa, Miim.
2. Turunnya Al-Quran ini dari Allah yang Maha Kuasa, lagi Maha mengetahui;
3. yang mengampunkan dosa, dan yang menerima taubat; yang berat azabNya; yang melimpah-limpah kurniaNya; tiada Tuhan melainkan dia; kepadaNyalah tempat kembali.
4. Tidak ada yang membantah mengena...

Baca keseluruhan
Baca satu persatu

 
Fushshilat
Surah 41. 54 Ayat.

1. Haa, Miim
2. Turunnya Kitab ini dari Allah yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
3. Sebuah Kitab yang dijelaskan ayat-ayatNya satu persatu; Iaitu Al-Quran yang diturunkan Dalam bahasa Arab bagi faedah orang-orang yang mengambil tahu dan memahami kandungannya.
4. Ia membawa beri...

Baca keseluruhan
Baca satu persatu

 
Asy Syuura
Surah 42. 53 Ayat.

1. Haa, Miim.
2. Ain, Siin, Qaaf.
3. Sebagaimana yang terkandung Dalam surah ini dan surah-surah yang lain - diwahyukan kepadamu (Wahai Muhammad) dan kepada Rasul-rasul yang terdahulu daripadamu, oleh Allah yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
4. Dia lah yang mempunyai dan Menguasai ...

Baca keseluruhan
Baca satu persatu

 
Az Zukhruf
Surah 43. 89 Ayat.

1. Haa, Miim.
2. Demi Kitab Al-Quran yang menyatakan kebenaran.
3. Sesungguhnya Kami jadikan Kitab itu sebagai Quran yang diturunkan Dengan bahasa Arab, supaya kamu (menggunakan akal) memahaminya.
4. Dan Sesungguhnya Al-Quran itu Dalam ibu suratan di sisi Kami - sangat tinggi (kemulia...

Baca keseluruhan
Baca satu persatu

 
Ad Dukhaan
Surah 44. 59 Ayat.

1. Haa, Miim.
2. Demi Al-Quran Kitab yang menerangkan kebenaran.
3. Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran itu pada malam yang berkat; (Kami berbuat demikian) kerana Sesungguhnya Kami sentiasa memberi peringatan dan amaran (jangan hamba-hamba Kami ditimpa azab).
4. (Kami menurunk...

Baca keseluruhan
Baca satu persatu

 
Al Jaatsiyah
Surah 45. 37 Ayat.

1. Haa, Miim.
2. Turunnya Al-Quran ini, dari Allah yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
3. Sesungguhnya pada langit dan bumi terdapat tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman.
4. Dan pada kejadian diri kamu sendiri, serta (pada kejadian) Segala bin...

Baca keseluruhan
Baca satu persatu

 
Al Ahqaaf
Surah 46. 35 Ayat.

1. Haa, Miim.
2. Diturunkan Al-Quran ini, dari Allah yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
3. (ingatlah), tidaklah Kami menciptakan langit dan bumi serta Segala yang ada di antara keduanya melainkan Dengan ada gunanya yang benar dan Dengan ada masa penghujungnya yang tertentu (yang padanya...

Baca keseluruhan
Baca satu persatu

 
Muhammad
Surah 47. 38 Ayat.

1. Orang-orang yang kafir serta menghalangi (dirinya dan orang lain) dari jalan Allah, Allah sia-siakan Segala amal mereka.
2. Dan (sebaliknya) orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang soleh serta beriman kepada Al-Quran yang diturunkan kepada Nabi Muhammad (s.a.w) - yang ialah kebena...

Baca keseluruhan
Baca satu persatu

 
Al Fath
Surah 48. 29 Ayat.

1. Sesungguhnya Kami telah membuka bagi perjuanganmu (Wahai Muhammad) satu jalan kemenangan yang jelas nyata,
2. Kemenangan yang Dengan sebabnya Allah mengampunkan salah dan silapmu yang telah lalu dan yang terkemudian, dan menyempurnakan nikmatNya kepadaMu, serta menambahkanmu hidayah ke jalan...

Baca keseluruhan
Baca satu persatu

 
Al Hujuraat
Surah 49. 18 Ayat.

1. Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu memandai-mandai (melakukan sesuatu perkara) sebelum (mendapat hukum atau kebenaran) Allah dan RasulNya; dan bertaqwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui.
2. Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu...

Baca keseluruhan
Baca satu persatu

 
Qaaf
Surah 50. 45 Ayat.

1. Qaaf. Demi Al-Quran yang melimpah-limpah kemuliaan dan kebaikannya (bahawa Sesungguhnya Muhammad adalah Rasul yang diutus memberi peringatan dan amaran).
2. (kaum musyrik Makkah bukan sahaja mengingkari kerasulannya) bahkan mereka merasa hairan kerana datang kepada mereka, dari kalangan mere...

Baca keseluruhan
Baca satu persatu

 
Adz Dzariyaat
Surah 51. 60 Ayat.

1. Demi angin yang menerbang dan menaburkan (debu, biji-bijian benih, dan lain-lainnya), Dengan penerbangan dan penaburan yang sesungguh-sungguhnya, -
2. Dan awan yang membawa dan mengangkut muatannya (ke tempat yang dikehendaki), -
3. Dan kapal-kapal yang belayar laju Dengan kemudahan yan...

Baca keseluruhan
Baca satu persatu

 
Ath Thuur
Surah 52. 49 Ayat.

1. Demi Gunung Tursina;
2. Dan Demi Kitab yang tertulis Dengan rapi -
3. Pada lembaran surat yang terbuka;
4. Dan Demi "Al-Baitul Makmur";
5. Dan Demi bumbung yang tinggi;

Baca keseluruhan
Baca satu persatu

 
An Najm
Surah 53. 62 Ayat.

1. Demi bintang semasa ia menjunam, -
2. Rakan kamu (Nabi Muhammad yang kamu tuduh Dengan berbagai tuduhan itu), tidaklah ia menyeleweng (dari jalan yang benar), dan ia pula tidak sesat (dengan kepercayaan yang salah).
3. Dan ia tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung Dengan ugama Isla...

Baca keseluruhan
Baca satu persatu

 
Al Qamar
Surah 54. 55 Ayat.

1. Telah hampir saat (kedatangan hari kiamat) dan terbelahlah bulan.
2. Dan kalau mereka (kaum musyrik Mekah) melihat sesuatu mukjizat, mereka berpaling ingkar sambil berkata: (Ini ialah) sihir yang terus menerus berlaku.
3. Dan (telah menjadi adat) mereka mendustakan (Nabi Muhammad dan mu...

Baca keseluruhan
Baca satu persatu

 
Ar Rahmaan
Surah 55. 78 Ayat.

1. (Tuhan) yang Maha Pemurah serta melimpah-limpah rahmatNya.
2. Dia lah yang telah mengajarkan Al-Quran.
3. Dia lah yang telah menciptakan manusia; -
4. Dia lah yang telah membolehkan manusia (bertutur) memberi dan menerima kenyataan.
5. Matahari dan bulan beredar Dengan peratur...

Baca keseluruhan
Baca satu persatu

 
Al Waaqi'ah
Surah 56. 96 Ayat.

1. Apabila berlaku hari kiamat itu,
2. Tiada sesiapapun yang dapat mendustakan kejadiannya.
3. Kejadian hari kiamat itu merendahkan (golongan yang ingkar), dan meninggikan (golongan yang taat).
4. (ia berlaku) semasa bumi bergoncang Dengan sebebar-benar goncangan.
5. Dan gunung-g...

Baca keseluruhan
Baca satu persatu

 
Al Hadiid
Surah 57. 29 Ayat.

1. Segala yang ada di langit dan di bumi tetap mengucap tasbih kepada Allah; dan Dia lah yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
2. Dia lah sahaja yang Menguasai dan memiliki langit dan bumi; ia menghidupkan dan mematikan; dan ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
3. Dia lah yang awal dan ya...

Baca keseluruhan
Baca satu persatu

 
Al Mujaadilah
Surah 58. 22 Ayat.

1. Sesungguhnya Allah telah mendengar (dan memperkenan) aduan perempuan yang bersoal jawab denganmu (Wahai Muhammad) mengenai suaminya, sambil ia berdoa merayu kepada Allah (mengenai perkara yang menyusahkannya), sedang Allah sedia mendengar perbincangan kamu berdua. Sesungguhnya Allah Maha Mendenga...

Baca keseluruhan
Baca satu persatu

 
Al Hasyr
Surah 59. 24 Ayat.

1. Segala yang ada di langit dan di bumi tetap mengucap tasbih kepada Allah; dan Dia lah yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
2. Dia lah yang telah mengeluarkan orang-orang kafir di antara ahli Kitab - dari kampung halaman mereka pada julung-julung kali mereka berhimpun hendak memerangi Rasulu...

Baca keseluruhan
Baca satu persatu

 
Al Mumtahanah
Surah 60. 13 Ayat.

1. Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu mengambil musuhKu dan musuh kamu menjadi teman rapat, Dengan cara kamu sampaikan kepada mereka (berita-berita rahsia orang-orang mukmin) Dengan sebab hubungan baik dan kasih mesra yang ada di antara kamu Dengan mereka, sedang mereka telah kufur ingka...

Baca keseluruhan
Baca satu persatu

 
Ash Shaff
Surah 61. 14 Ayat.

1. Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, tetap mengucap tasbih kepada Allah; dan Dia lah yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
2. Wahai orang-orang yang beriman! mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!
3. Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkat...

Baca keseluruhan
Baca satu persatu

 
Al Jumu'ah
Surah 62. 11 Ayat.

1. Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi sentiasa mengucap tasbih kepada Allah yang Menguasai (sekalian alam), yang Maha suci, yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
2. Dia lah yang telah mengutuskan Dalam kalangan orang-orang (Arab) yang Ummiyyin, seorang Rasul (Nabi Muhammad s.a.w) da...

Baca keseluruhan
Baca satu persatu

 
Al Munaafiquun
Surah 63. 11 Ayat.

1. Apabila orang-orang munafik datang kepadamu (Wahai Muhammad), mereka berkata: "Kami mengakui Bahawa Sesungguhnya Engkau - sebenar-benarnya Rasul Allah". dan Allah sememangnya mengetahui Bahawa Engkau ialah RasulNya, serta Allah menyaksikan Bahawa Sesungguhnya pengakuan mereka adalah dusta.
2...

Baca keseluruhan
Baca satu persatu

 
At Taghaabun
Surah 64. 18 Ayat.

1. Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi sentiasa mengucap tasbih kepada Allah; bagiNyalah Kuasa pemerintahan, dan bagiNyalah Segala pujian; dan ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
2. Dia lah yang mengaturkan kejadian kamu; maka ada sebahagian dari kamu yang kafir dan ada sebahagian ...

Baca keseluruhan
Baca satu persatu

 
Ath Thalaaq
Surah 65. 12 Ayat.

1. Wahai Nabi! apabila kamu - (engkau dan umatmu) - hendak menceraikan isteri-isteri (kamu), maka ceraikanlah mereka pada masa mereka dapat memulakan idahnya, dan hitunglah masa idah itu (dengan betul), serta bertaqwalah kepada Allah, Tuhan kamu. janganlah kamu mengeluarkan mereka dari rumah-rumah k...

Baca keseluruhan
Baca satu persatu

 
At Tahriim
Surah 66. 12 Ayat.

1. Wahai Nabi! mengapa Engkau haramkan (dengan bersumpah menyekat dirimu daripada menikmati) apa yang Dihalalkan oleh Allah bagimu, (kerana) Engkau hendak mencari keredaan isteri-isterimu? (dalam pada itu, Allah ampunkan kesilapanmu itu) dan Allah sememangnya Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Baca keseluruhan
Baca satu persatu

 
Al Mulk
Surah 67. 30 Ayat.

1. Maha berkat (serta Maha Tinggilah kelebihan) Tuhan yang Menguasai pemerintahan (dunia dan akhirat); dan memanglah ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu;
2. Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang l...

Baca keseluruhan
Baca satu persatu

 
Al Qalam
Surah 68. 52 Ayat.

1. Nuun. Demi Pena dan apa yang mereka tulis, -
2. Engkau (Wahai Muhammad) - Dengan sebab nikmat pemberian Tuhanmu - bukanlah seorang gila (sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik, bahkan Engkau adalah seorang yang bijaksana).
3. Dan Sesungguhnya Engkau tetap beroleh pahala yang amat be...

Baca keseluruhan
Baca satu persatu

 
Al Haaqqah
Surah 69. 52 Ayat.

1. Saat yang tetap berlaku itu -
2. Apakah Dia sifat dan keadaan saat yang tetap berlaku itu?
3. Dan apa jalannya Engkau dapat mengetahui tentang sifat dan keadaan saat yang tetap berlaku itu? (Saat itu ialah hari kiamat).
4. Kaum Thamud dan Aad telah mendustakan hari (kiamat) yang me...

Baca keseluruhan
Baca satu persatu

 
Al Ma'aarij
Surah 70. 44 Ayat.

1. Salah seorang (dari kalangan orang-orang kafir Makkah, secara mengejek-ejek) meminta kedatangan azab yang (dijanjikan) akan berlaku,
2. Azab yang disediakan untuk orang-orang yang kafir, yang tidak ada sesiapapun dapat menolak kedatangannya -
3. Dari Allah yang Menguasai tempat-tempat t...

Baca keseluruhan
Baca satu persatu

 
Nuh
Surah 71. 28 Ayat.

1. Sesungguhnya Kami telah mengutus Nabi Nuh kepada kaumnya, (dengan berfirman kepadanya): "Berikanlah peringatan dan amaran kepada kaummu sebelum mereka didatangi azab yang tidak terperi sakitnya".
2. Dia pun (menyeru mereka dengan) berkata: "Wahai kaumku! Sesungguhnya Aku ini diutus kepada ka...

Baca keseluruhan
Baca satu persatu

 
Al Jin
Surah 72. 28 Ayat.

1. Katakanlah (Wahai Muhammad): "Telah diwahyukan kepadaku, Bahawa sesungguhnya: satu rombongan jin telah mendengar (Al-Quran yang Aku bacakan), lalu mereka (menyampaikan hal itu kepada kaumnya dengan) berkata: `Sesungguhnya Kami telah mendengar Al-Quran (sebuah Kitab Suci) yang susunannya dan kandu...

Baca keseluruhan
Baca satu persatu

 
Al Muzzammil
Surah 73. 20 Ayat.

1. Wahai orang yang berselimut!.
2. Bangunlah sembahyang tahajjud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat),
3. Iaitu separuh dari waktu malam, atau kurangkan sedikit dari separuh itu,
4. Ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya; dan bacalah Al-Qura...

Baca keseluruhan
Baca satu persatu

 
Al Muddatstsir
Surah 74. 56 Ayat.

1. Wahai orang yang berselimut!
2. Bangunlah serta berilah peringatan dan amaran (kepada umat manusia).
3. Dan Tuhanmu, maka ucaplah dan ingatlah kebesaranNya!
4. Dan pakaianmu, maka hendaklah Engkau bersihkan.
5. Dan Segala kejahatan, maka hendaklah Engkau jauhi.

Baca keseluruhan
Baca satu persatu

 
Al Qiyaamah
Surah 75. 40 Ayat.

1. Aku bersumpah Dengan hari kiamat;
2. Dan Aku bersumpah Dengan "Nafsul Lawwaamah" (bahawa kamu akan dibangkitkan sesudah mati)!
3. Patutkah manusia (yang kafir) menyangka Bahawa Kami tidak akan dapat mengumpulkan tulang-tulangnya (dan menghidupkannya semula)?
4. Bukan sebagaimana ya...

Baca keseluruhan
Baca satu persatu

 
Al Insaan
Surah 76. 31 Ayat.

1. Bukankah telah berlalu kepada manusia satu ketika dari masa (yang beredar), sedang ia (masih belum wujud lagi, dan) tidak menjadi sesuatu benda yang disebut-sebut, (maka mengapa kaum musyrik itu mengingkari hari akhirat)?
2. Sesungguhnya Kami telah aturkan cara mencipta manusia bermulanya da...

Baca keseluruhan
Baca satu persatu

 
Al Mursalaat
Surah 77. 50 Ayat.

1. Demi (makhluk-makhluk) yang dihantarkan berturut-turut (menjalankan tugasnya),
2. Juga yang merempuh mara Dengan sekencang-kencangnya,
3. Dan Demi (makhluk-makhluk) yang menyebarkan (pengajaran dan peringatan) Dengan sebaran yang sesungguh-sungguhnya,
4. Serta yang memisahkan (anta...

Baca keseluruhan
Baca satu persatu

 
An Naba'
Surah 78. 40 Ayat.

1. Tentang apakah mereka bertanya-tanya?
2. Tentang berita yang besar, (berita kebangkitan manusia hidup semula menerima balasannya).
3. yang mereka (ragu-ragu dan) berselisihan mengenainya.
4. Jangan! (janganlah mereka bersikap demikian!) mereka akan mengetahui (dengan yakin tentang ...

Baca keseluruhan
Baca satu persatu

 
An Nazi'at
Surah 79. 46 Ayat.

1. Demi (makhluk-makhluk) yang mencabut (Apa yang ditugaskan mencabutnya) Dengan cara yang sekasar-kasarnya;
2. Dan yang menarik (Apa yang ditugaskan menariknya) Dengan cara yang selembut-lembutnya;
3. Dan Demi (makhluk-makhluk) yang cergas bergerak (menerima perintah) Dengan gerak yang se...

Baca keseluruhan
Baca satu persatu

 
'Abasa
Surah 80. 42 Ayat.

1. Ia memasamkan muka dan berpaling,
2. Kerana ia didatangi orang buta.
3. Dan apa jalannya Engkau dapat mengetahui (tujuannya, Wahai Muhammad) ? Barangkali ia mahu membersihkan hatinya (dengan pelajaran ugama yang didapatinya daripadamu)! -
4. Ataupun ia mahu mendapat peringatan, sup...

Baca keseluruhan
Baca satu persatu

 
At Takwiir
Surah 81. 29 Ayat.

1. Apabila matahari dilingkari cahayanya (dan hilang lenyap);
2. Dan apabila bintang-bintang gugur berselerak;
3. Dan apabila gunung-ganang di terbangkan ke angkasa (setelah dihancurkan menjadi debu);
4. Dan apabila unta-unta yang bunting terbiar;
5. Dan apabila binatang-binatang...

Baca keseluruhan
Baca satu persatu

 
Al Infithaar
Surah 82. 19 Ayat.

1. Apabila langit terbelah;
2. Dan apabila bintang-bintang gugur bertaburan;
3. Dan apabila lautan pecah bercampur-baur;
4. Dan apabila kubur-kubur dibongkarkan, -
5. (setelah semuanya itu berlaku), tiap-tiap orang akan mengetahui apa yang telah dikerjakan dan ditinggalkannya.

Baca keseluruhan
Baca satu persatu

 
Al Muthaffifii
Surah 83. 36 Ayat.

1. Kecelakaan besar bagi orang-orang yang curang (dalam timbangan dan sukatan),
2. Iaitu mereka yang apabila menerima sukatan (gantang cupak) dari orang lain mereka mengambilnya Dengan cukup,
3. Dan (sebaliknya) apabila mereka menyukat atau menimbang untuk orang lain, mereka kurangi.
...

Baca keseluruhan
Baca satu persatu

 
Al Insyiqaaq
Surah 84. 25 Ayat.

1. Apabila langit terbelah,
2. Serta mematuhi perintah Tuhannya, dan sudah semestinya ia patuh;
3. Dan apabila bumi diratakan,
4. Serta mengeluarkan apa yang di dalamnya, dan menjadi kosong,
5. Serta mematuhi perintah Tuhannya, dan sudah semestinya ia patuh; - (maka pada saat itu...

Baca keseluruhan
Baca satu persatu

 
Al Buruuj
Surah 85. 22 Ayat.

1. Demi langit yang mempunyai tempat-tempat peredaran bintang-bintang;
2. Dan hari (pembalasan) yang dijanjikan;
3. Dan makhluk-makhluk yang hadir menyaksikan hari itu, serta Segala keadaan yang disaksikan; -
4. Celakalah kaum yang menggali parit,
5. (Parit) api yang penuh Dengan...

Baca keseluruhan
Baca satu persatu

 
Ath Thaariq
Surah 86. 17 Ayat.

1. Demi langit dan "At-Taariq"; -
2. Dan apa jalannya Engkau dapat mengetahui apa Dia "At-Taariq" itu? -
3. (At-Taariq) ialah bintang yang menembusi (sinaran cahayanya);
4. Tiada sesuatu diri juapun melainkan ada malaikat yang menjaga (Keadaannya serta menyimpan catitan mengenai Segal...

Baca keseluruhan
Baca satu persatu

 
Al A'laa
Surah 87. 19 Ayat.

1. Bertasbihlah mensucikan nama Tuhanmu yang Maha tinggi (dari Segala sifat-sifat kekurangan), -
2. yang telah menciptakan (sekalian makhlukNya) serta menyempurnakan kejadiannya Dengan kelengkapan yang sesuai Dengan keadaannya;
3. Dan yang telah mengatur (Keadaan makhluk-makhlukNya) serta ...

Baca keseluruhan
Baca satu persatu

 
Al Ghaasyiyah
Surah 88. 26 Ayat.

1. Sudahkah sampai kepadamu (Wahai Muhammad) perihal hari kiamat yang huru-haranya meliputi?
2. Muka (orang-orang yang kafir) pada hari itu tunduk kerana merasa hina,
3. Mereka menjalankan kerja yang berat lagi berpenat lelah,
4. Mereka tetap menderita bakaran neraka yang amat panas (...

Baca keseluruhan
Baca satu persatu

 
Al Fajr
Surah 89. 30 Ayat.

1. Demi waktu fajar;
2. Dan malam yang sepuluh (yang mempunyai kelebihan di sisi Allah);
3. Dan bilangan yang genap serta yang ganjil;
4. Dan malam, apabila ia berlalu; -
5. Bukankah yang demikian itu mengandungi sumpah (yang diakui kebenarannya) oleh orang yang berakal sempurna?...

Baca keseluruhan
Baca satu persatu

 
Al Balad
Surah 90. 20 Ayat.

1. Aku bersumpah Dengan negeri (Makkah) ini;
2. Sedang Engkau (Wahai Muhammad) tinggal di negeri ini (sentiasa ditindas),
3. Demi manusia yang melahirkan zuriat, dan zuriat yang dilahirkannya;
4. Sesungguhnya Kami telah jadikan manusia sentiasa Dalam keadaan menghadapi kesulitan dan k...

Baca keseluruhan
Baca satu persatu

 
Asy Syams
Surah 91. 15 Ayat.

1. Demi matahari dan cahayanya yang terang-benderang;
2. Dan bulan apabila ia mengiringinya;
3. Dan siang apabila ia memperlihatkannya Dengan jelas nyata;
4. Dan malam apabila ia menyelubunginya (dengan gelap- gelita),
5. Demi langit dan yang membinanya (dalam bentuk yang kuat ku...

Baca keseluruhan
Baca satu persatu

 
Al Lail
Surah 92. 21 Ayat.

1. Demi malam apabila ia menyelubungi segala-galanya (dengan gelap-gelitanya),
2. Dan siang apabila ia lahir terang-benderang;
3. Demi yang menciptakan (makhluk-makhlukNya) lelaki dan perempuan, (jantan dan betina); -
4. Sesungguhnya amal usaha kamu adalah berbagai-bagai keadaannya.

Baca keseluruhan
Baca satu persatu

 
Adh Dhuhaa
Surah 93. 11 Ayat.

1. Demi waktu dhuha,
2. Dan malam apabila ia sunyi-sepi -
3. (bahawa) Tuhanmu (Wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu, dan ia tidak benci (kepadamu, sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik).
4. Dan Sesungguhnya kesudahan keaadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya.

Baca keseluruhan
Baca satu persatu

 
Alam Nasyrah
Surah 94. 8 Ayat.

1. Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (Wahai Muhammad serta mengisinya Dengan iman dan hidayah petunjuk) ?
2. Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu (menyiarkan Islam) -
3. yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan Dalam melaksanakannya)?
4...

Baca keseluruhan
Baca satu persatu

 
At Tiin
Surah 95. 8 Ayat.

1. Demi buah Tiin dan Zaitun,
2. Dan Gunung Tursina,
3. Serta negeri (Makkah) yang aman ini, -
4. Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia Dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai Dengan keadaannya).
5. Kemudian (jika ia panjang umur sehingga tua atau menyal...

Baca keseluruhan
Baca satu persatu

 
Al 'Alaq
Surah 96. 19 Ayat.

1. Bacalah (Wahai Muhammad) Dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk),
2. Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku;
3. Bacalah, dan Tuhanmu yang Maha Pemurah, -
4. yang mengajar manusia melalui Pena dan tulisan, -
5. Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketa...

Baca keseluruhan
Baca satu persatu

 
Al Qadr
Surah 97. 5 Ayat.

1. Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada malam Lailatul-Qadar,
2. Dan apa jalannya Engkau dapat mengetahui apa Dia kebesaran malam Lailatul-Qadar itu?
3. Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.
4. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril Dengan izin Tu...

Baca keseluruhan
Baca satu persatu

 
Al Bayyinah
Surah 98. 8 Ayat.

1. Orang-orang yang kafir dari ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) serta orang-orang musyrik, tidak akan terlepas (dari kepercayaan dan amalan masing-masing) sehingga datang kepada mereka Bukti yang jelas nyata, -
2. Iaitu seorang Rasul dari Allah yang membacakan (kepada mereka) lembaran-lembaran s...

Baca keseluruhan
Baca satu persatu

 
Al Zalzalah
Surah 99. 8 Ayat.

1. Apabila bumi digegarkan Dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya,
2. Serta bumi itu mengeluarkan Segala isinya,
3. Dan berkatalah manusia (dengan perasaan gerun); "Apa yang sudah terjadi kepada bumi?"
4. Pada hari itu bumipun menceritakan khabar beritanya:
5. Bahawa Tuhanmu te...

Baca keseluruhan
Baca satu persatu

 
Al 'Aadiyaat
Surah 100. 11 Ayat.

1. Demi kuda perang yang tangkas berlari Dengan kedengaran kencang nafasnya,
2. Serta mencetuskan api dari telapak kakinya,
3. Dan meluru menyerbu musuh pada waktu subuh,
4. Sehingga menghamburkan debu pada waktu itu,
5. Lalu menggempur ketika itu di tengah-tengah kumpulan musuh;...

Baca keseluruhan
Baca satu persatu

 
Al Qaari'ah
Surah 101. 11 Ayat.

1. Hari yang menggemparkan,
2. Apa Dia hari yang menggemparkan itu?
3. Dan apa jalannya Engkau dapat mengetahui kedahsyatan hari yang menggemparkan itu? -
4. (hari itu ialah: hari kiamat), hari manusia menjadi seperti kelkatu yang terbang berkeliaran,
5. Dan gunung-ganang menjadi...

Baca keseluruhan
Baca satu persatu

 
At Takaatsur
Surah 102. 8 Ayat.

1. Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat Dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak pangkat dan pengaruh), -
2. Sehingga kamu masuk kubur.
3. Jangan sekali-kali (bersikap demikian)! kamu akan mengetahui kelak (akibatnya...

Baca keseluruhan
Baca satu persatu

 
Al 'Ashr
Surah 103. 3 Ayat.

1. Demi Masa!
2. Sesungguhnya manusia itu Dalam kerugian -
3. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan Dengan kebenaran serta berpesan-pesan Dengan sabar.

Baca keseluruhan
Baca satu persatu

 
Al Humazah
Surah 104. 9 Ayat.

1. Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci, pengeji,
2. yang mengumpulkan harta dan berulang-ulang menghitung kekayaannya;
3. Ia menyangka Bahawa hartanya itu dapat mengekalkannya (dalam dunia ini)!
4. Tidak! Sesungguhnya Dia akan dicampakkan ke Dalam "Al-Hutamah".
5. Dan apa jal...

Baca keseluruhan
Baca satu persatu

 
Al Fiil
Surah 105. 5 Ayat.

1. Tidakkah Engkau mengetahui Bagaimana Tuhanmu telah melakukan kepada angkatan tentera (yang dipimpin oleh pembawa) Gajah, (yang hendak meruntuhkan Kaabah)?
2. Bukankah Tuhanmu telah menjadikan rancangan jahat mereka Dalam keadaan yang rugi dan memusnahkan mereka?
3. Dan ia telah menghant...

Baca keseluruhan
Baca satu persatu

 
Quraisy
Surah 106. 4 Ayat.

1. Kerana kebiasaan aman tenteram kaum Quraisy (penduduk Makkah)
2. (laitu) kebiasaan aman tenteram perjalanan mereka (menjalankan perniagaan) pada musim sejuk (ke negeri Yaman), dan pada musim panas (ke negeri Syam),
3. Maka hendaklah mereka menyembah Tuhan yang Menguasai Rumah (Kaabah) i...

Baca keseluruhan
Baca satu persatu

 
Al Maa'uun
Surah 107. 7 Ayat.

1. Tahukah Engkau akan orang yang mendustakan ugama (meliputi hari pembalasan)?
2. Orang itu ialah yang menindas serta berlaku zalim kepada anak yatim,
3. Dan ia tidak menggalakkan untuk memberi makanan yang berhak diterima oleh orang miskin.
4. (kalau orang yang demikian dikira dari ...

Baca keseluruhan
Baca satu persatu

 
Al Kautsar
Surah 108. 3 Ayat.

1. Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (Wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan di Akhirat).
2. Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).
3. Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, Dia lah yang terputus (d...

Baca keseluruhan
Baca satu persatu

 
Al Kaafiruun
Surah 109. 6 Ayat.

1. Katakanlah (Wahai Muhammad): "Hai orang-orang kafir!
2. "Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah.
3. "Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang Aku sembah.
4. "Dan Aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat.
5. "Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara Aku beribada...

Baca keseluruhan
Baca satu persatu

 
An Nashr
Surah 110. 3 Ayat.

1. Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa Engkau Wahai Muhammad berjaya Menguasai negeri Makkah), -
2. Dan Engkau melihat manusia masuk Dalam ugama Allah beramai-ramai, -
3. Maka Ucapkanlah tasbih Dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, Sesungguhnya Dia amat me...

Baca keseluruhan
Baca satu persatu

 
Al Lahab
Surah 111. 5 Ayat.

1. Binasalah kedua-dua tangan abu lahab, dan binasalah ia bersama!
2. Hartanya dan Segala yang diusahakannya, tidak dapat menolongnya.
3. Ia akan menderita bakaran api neraka yang marak menjulang.
4. Dan juga isterinya, seorang perempuan pemunggah kayu api. -
5. Di lehernya sejen...

Baca keseluruhan
Baca satu persatu

 
Al Ikhlash
Surah 112. 4 Ayat.

1. Katakanlah (Wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah yang Maha Esa;
2. "Allah yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;
3. "Ia tiada beranak, dan ia pula tidak diperanakkan;
4. "Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya".

Baca keseluruhan
Baca satu persatu

 
Al Falaq
Surah 113. 5 Ayat.

1. Katakanlah (Wahai Muhammad); "Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk,
2. "Dari bencana makhluk-makhluk yang ia ciptakan;
3. "Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk;
4. "Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (...

Baca keseluruhan
Baca satu persatu

 
An Naas
Surah 114. 6 Ayat.

1. Katakanlah (Wahai Muhammad): "Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia.
2. "yang Menguasai sekalian manusia,
3. "Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia,
4. "Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam, -
5. "yang melemparkan bisikan dan h...

Baca keseluruhan
Baca satu persatu

 


 





Font: Size:

Allah yang menciptakan Al-Quran (dan semua yang ada di langit dan di bumi) dan Allah yang memelihara kesucian Al-Quran.
Semoga kesucian Al-Quran terus terpelihara dan menjadi rujukan dan buah fikiran utama kita dalam kehidupan seharian.
Sebarang kesilapan pada laman web ini dari segi index, link, huruf, tanda kurungan tertinggal dan sebagainya harap dapat ditegur.
Sumbangan anda secara langsung ataupun tidak langsung pada laman web ini diucapkan ribuan terima kasih.
Bersama-samalah kita saling ingat memperingati agar kita semuanya mendapat manfaat dan keberkatan.

E-Mail: Surat [-at-] Tafsiran.Net Website: http://www.tafsiran.net